alhamdulillah semalam, kami baru menerima kunjungan pengarah baru bahagian kami. beliau begitu bersemangat memberikan halatuju dan motivasi untuk kami meneruskan kerja2 di sini demi kemajuan industri pada masa hadapan.
alhamdulillah antara tazkirah yang diberikan ialah berkenaan bekerja sebagai satu amanah dan gaji yang diterima sebagai ganjaran menunaikan amanah tersebut.
alangkah baiknya kalau semua, kita tak kira pekerja kerajaan atau swasta dapat menghayati konsep ini. bukan sahaja untuk maju dan berjaya di dunia malahan insha Allah di akhirat juga.
sememangnya inilah yang amat sukar dihayati, memang cakap senang, lidah tidak bertulang... jari yang menaip atar papan kekunci ni memang bertulang, tapi setakat tekan kekunci sahaja memang mudah.
yang lebih sukar, datang kerja setiap hari bukan sahaja untuk menunggu 23 atau 24 hb setiap bulan untuk mengambil gaji, malahan ikhlas semata2 kerana mencari keredhaan Allah swt, manakala menerima ganjaran bulanan tersebut adalah sekondari sahaja.
adakah beza seorang yang bekerja ikhlas kerana Allah swt berbanding dengan seorang yang bekerja kerana gaji semata2?
insha Allah kita bincangkan di posting akan datang....
wassalam,
ikhlas,
jh